Arab Saudi mula beku 1,200 akaun bank individu ditangkap

Lima daripada 11 putera raja Arab Saudi yang ditangkap dalam operasi besar-besaran menentang rasuah diketuai Putera Mahkota Mohammed Bin Salman, sejak Sabtu lalu.

RIYADH, 19 Safar 1439H, Rabu – Pihak berkuasa Arab Saudi dilaporkan telah membekukan 1,200 akaun bank milik individu dan syarikat di negara itu, dalam sebahagian daripada operasi besar-besaran menangani rasuah, kata pegawai bank dan peguam.

Mereka menyatakan jumlah akaun bank yang dibekukan itu semakin meningkat.

Berita mengenai pembekuan akaun itu tersebar selepas Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang mengetuai satu jawatankuasa khas antirasuah negara itu menangkap putera raja, menteri, bekas menteri dan ahli perniagaan terkenal, seperti Al Waleed Bin Talal dan Pengerusi Binladin Group, Bakr Bin Ladin.

Terdahulu, individu yang ditangkap itu disenaraikan sebagai orang yang dilarang ke luar negara, apabila semua lapangan terbang di Arab Saudi diarah menghalang penerbangan jet peribadi tanpa permit.

Tuduhan terhadap mereka termasuk, rasuah, pengubahan wang haram, pemerasan dan mengambil kesempatan ke atas kakitangan awam untuk tujuan peribadi.

Perintah diraja yang dikeluarkan Sabtu lalu menyatakan langkah besar-besaran itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap ‘eksploitasi oleh individu yang lemah yang meletakkan kepentingan diri sendiri mengatasi kepentingan awam, dalam usaha untuk mendapatkan wang secara tidak sah’.

Jawatankuasa khas itu juga mempunyai kuasa untuk merampas aset di dalam dan luar negara, sebelum keputusan siasatan diketahui. – Agensi

The post Arab Saudi mula beku 1,200 akaun bank individu ditangkap appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian