Ateisme langgar undang-undang, perlu dicegah: Pakar Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 5 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Penyebaran fahaman yang menolak konsep ketuhanan atau ateisme di negara ini perlu dicegah.

Pakar Rujuk Perlembagaan, Profesor Madya Dr Shamrahayu Abd Azizi berkata, fahaman itu melanggar sistem perundangan negara kerana undang-undang melarang sebarang penyebaran doktrin yang tidak berasas kepada prinsip-prinsip Islam.

“Perlembagaan Negara juga hanya menjamin kebebasan beragama, dan tidak merangkum kebebasan untuk tidak beragama.

“Ini amat berbeza sekali dengan peruntukan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang memperuntukkan kebebasan untuk tidak beragama.

“Tetapi peruntukan itu tidak ada dalam perlembagaan kita, dan apa yang kita ada adalah kebebasan untuk menganut, mengamal, tertakluk dalam undang-undang,” katanya yang dipetik daripada Astro Awani.

Malah, beliau berkata, penyebarannya boleh menyebabkan ketidakselesaan dalam masyarakat Malaysia yang hidup berbilang kaum dan harmoni.

“Apabila satu pemikiran untuk tidak memiliki tuhan itu disebarkan, ini secara langsung boleh menjejaskan pandangan orang Islam ataupun menjejaskan hubungan antara orang Islam dengan mereka yang tidak menganut agama,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan pengikut ateism boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.

Tegasnya, fahaman ateisme menyangkal kesucian agama lain di Malaysia dan bercanggah dengan undang-undang berkaitan ketenteraman awam dan moral.

The post Ateisme langgar undang-undang, perlu dicegah: Pakar Perlembagaan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian