Bahrain tuduh Iran ada kaitan letupan paip minyak

RIYADH, 23 Safar 1439H, Ahad – Riyadh berhenti mengepam minyak kepada Manama buat sementara dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap semua kemudahannya, selepas paip minyak diletupkan di Bahrain, semalam.

Kementerian Tenaga Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata, penggantungan penyaluran minyak kepada Bahrain dibuat selepas serangan ke atas paip minyak di negara itu.

“Kementerian Tenaga juga mengesahkan telah mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan kawalan keselamatan ke atas semua kemudahannya,” kata kenyataan itu.

Syarikat Petrolium Bahrain, Bapco, telah menutup aliran minyak melalui paip yang diletupkan di perkampungan Buri tidak jauh dari Manama.

Bahrain menuduh letupan itu adalah perbuatan pengganas yang dikaitkan dengan musuh utamanya Iran.

Menteri Dalam Negeri Bahrain, Sheikh Rashin Bin Abdullah Al-Khalifa berkata, kejadian itu adalah sabotaj dan keganasan bertujuan menjejaskan kepentingan negara dan keselamatan rakyat.

“Tindakan ganas disaksikan negara ini sejak kebelakangan ini dilakukan menerusi hubungan langsung dan arahan dari Iran,” katanya dalam satu kenyataan. – Agensi

The post Bahrain tuduh Iran ada kaitan letupan paip minyak appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian