Bajet 2018: Kenapa kos pengurusan lebih tinggi daripada pembangunan

Oleh Athirah Huda Zalhe

KUALA LUMPUR, 15 Safar 1439H, Sabtu – Kerajaan sepatutnya menyemak semula kandungan Bajet 2018, ekoran jurang terlalu jauh antara kos pengurusan dan pembangunan negara.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid mengakui beliau hairan mengapa kos pengurusan jauh lebih tinggi mencecah hampir 60 peratus berbanding pembangunan.

Katanya, ia seakan-akan tidak seimbang apabila sejumlah RM280 bilion yang diperuntukkan kerajaan, namun RM240 bilion adalah kos pengurusan, sementara hanya RM46 bilion sahaja akan dibelanjakan untuk tujuan pembangunan.

“Apakah kita sudah menjadi negara yang tinggi kos pengurusannya, dengan lebih dekat 60 peratus.

“Maknanya, pengurusan kita terlalu tinggi, kos gaji tinggi dan kos mengurus kementerian juga tinggi,” katanya pada Forum Pengguna Ke-7 di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan perlu melihat dan menyemak semula perbelanjaan dalam pengurusan negara, yang sepatutnya memberi tumpuan kepada pembangunan.

“Jadi, dengan itu kita harus faham bagaimana ekonomi dikendalikan. Ini antara perkara yang kita rasa sedih dan malu apabila Malaysia sebagai negara Islam dan disegani, tetapi hal-hal berkaitan rasuah menjadi imej kita.

“Kita perlu mengikut apa yang dipanggil pengurusan secara Islam. Jika kita ikut seperti yang dinyatakan dalam al-Quran, hidup kita tidak susah, malah mudah,” katanya.

The post Bajet 2018: Kenapa kos pengurusan lebih tinggi daripada pembangunan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian