Banjir di Pulau Pinang semakin pulih

GEORGE TOWN, 22 Safar 1439H, Sabtu – Jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang yang masih ditempatkan di enam pusat pemindahan terus berkurangan berikutan cuaca yang semakin baik dan cerah sejak semalam di negeri ini.

Sehingga 8 pagi ini, seramai 1,040 daripada 243 keluarga masih berada di pusat pemindahan berbanding 1,313 daripada 304 keluarga malam tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata sebanyak lima pusat pemindahan masih dibuka di Seberang Perai Utara (SPU) manakala satu di daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

“Seramai 820 mangsa banjir daripada 178 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan di SPU manakala 220 orang membabitkan 65 keluarga di pusat pemindahan Dewan Banjir Guar Jering di SPT, ” katanya di sini hari ini.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa.- Bernama

The post Banjir di Pulau Pinang semakin pulih appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian