Banjir: Tiga lagi pusat pemindahan dibuka di Kedah

KUBANG PASU, 27 Safar 1439H, Khamis – Tiga lagi pusat pemindahan dibuka di daerah Kubang Pasu menjadikan kesemuanya empat dengan mangsa banjir terus meningkat kepada 496 setakat 8 pagi ini berbanding 219 petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kubang Pasu, Kamarulzaman Kasa dalam satu kenyataan berkata pusat pemindahan yang baharu dibuka ialah di Surau Kampung Betong, Surau Kampung Tebing dan Kampung Lahar.

“Pusat pemindahan Surau Kampung Betong menempatkan seramai 94 mangsa daripada 18 keluarga, Surau Kampung Tebing seramai 67 mangsa daripada 17 keluarga dan Kampung Lahar seramai 100 mangsa daripada 22 keluarga.

Manakala, pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun yang dibuka semalam menempatkan 235 mangsa daripada 59 keluarga, katanya. – Bernama

The post Banjir: Tiga lagi pusat pemindahan dibuka di Kedah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian