Briged Ke-11 Infantri Malaysia, Yayasan Ikhlas kumpul pakaian bantu etnik Rohingya

 

SUNGAI BULOH, 13 Safar 1439H, Khamis – Briged Ke-11 Infantri Malaysia, Sungai Buloh telah berjaya mengumpul pakaian untuk dihantar kepada etnik Rohingya.

Timbalan Komander Rej 502 AW, Lt Kol Mohd Tahir Symon berkata, penindasan terhadap etnik Rohingya telah mendapat perhatian daripada semua pihak dan masyarakat antarabangsa terus menerus menghulurkan bantuan bagi meringankan derita yang ditanggung oleh pelarian etnik Rohingya.

“Tentera Darat Malaysia juga tidak ketinggalan mengajak semua pihak untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa etnik Rohingya yang telah sekian lama tidak mendapat pengiktirafan daripada negara mereka sendiri.

“Bantuan berbentuk pakaian kepada etnik ini telah dikoordinasikan di semua peringkat Tentera Darat Malaysia,” katanya.

Berganding bahu dalam usaha ini, Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan peduli dan prihatin, telah menghulurkan bantuan dengan menyerahkan 13 kotak berisi pakaian kanak-kanak bagi disalurkan kepada warga Rohingya di kem pelarian di sempadan Bangladesh-Myanmar.

Pengerusi Yayasan Ikhlas, Dato’ Hj Mohd Rosli Ramli berkata, sumbangan pakaian ini telah dikumpulkan dari sumbangan orang ramai dan sebahagiannya adalah lebihan dari sumbangan ketika banjir tahun 2015.

Beliau berkata, sejak Februari 2017, Yayasan Ikhlas telah menghantar sumbangan kewangan sebanyak RM172,500 kepada rakan NGO di sempadan dan telah berjaya disalurkan ke kem pelarian Kutupalong dan Balukhali.

Sebagai simbolik kepada sumbangan 13 kotak pakaian kanak-kanak ini, Mohd Rosli telah membuat penyerahan satu kotak pakaian kepada Lt Kol Mohd Tahir bin Symon, Timbalan Komander Rej 502 AW, mewakili Panglima Briged Ke-11 Infantri Malaysia Brig Jen Toh Choon Siang.

Orang ramai yang berminat untuk menyumbang kepada etnik Rohingya boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank Yayasan Ikhlas 5628 3463 6228, CIMB 8600 601 366 atau Bank Islam 1108 0100 1514. Makluman atau pertanyaan boleh hubungi pegawai Yayasan Ikhlas di talian 012-9790211 e-mel di yayasanikhlas2009@gmail.com

Sumbangan atas talian juga boleh dilakukan di http://ift.tt/2z0XdAh

The post Briged Ke-11 Infantri Malaysia, Yayasan Ikhlas kumpul pakaian bantu etnik Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian