Dakyah antivaksin menular, sengaja reka cerita untuk takutkan orang awam: Pakar perubatan

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Beberapa hari ini kecoh di laman sosial mengenai berita kematian bayi berumur 9 bulan, kononnya meninggal dunia selepas mengambil vaksin Meninggococal (vaksin umrah).

Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata, pihaknya memandang serius sebaran maklumat dari seorang netizen yang mendakwa bayi itu mati akibat suntikan vaksin Meninggococal.

Katanya, melalui posting yang dihantar, netizen itu menyalahkan akibat pemberian vaksin tersebut.

“Jika benar, kejadian kematian bayi ini berlaku, sepatutnya sudah mendapat perhatian serius dipihak Kawalan Penyakit KKM dan NPRA secara khususnya.

“Namun hasil siasatan yang dijalankan bahawa tiada satu kes pun seumpamanya. Maklumat dari NPRA menyatakan bahawa: Bagi vaccine meninggococcal, tiada laporan kes kematian yang pernah diterima. Total AEFI untuk vaksin
meninggococcal dari tahun 2006 hingga bulan Oktober 2017 adalah 21 laporan.

“Kesemuanya telah dikenal pasti sebagai reaksi biasa kecuali satu kes serius di mana pesakit dimasukkan ke wad. Pesakit kembali sihat setelah rawatan diberikan,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Mengulas lanjut Dr Suhazeli berkata, penyebaran maklumat itu sebenarnya dari mereka yang antivaksin tegar.

Katanya, golongan ini sanggup mereka-reka cerita supaya masyarakat takut untuk mengambil vaksin, dengan teknik menakut-nakutkan orang awam.

“Mereka juga tidak segan silu menuduh para doktor sebagai manusia yang tidak berhati perut. Malah ada antara mereka sanggup menuduh para mufti dan ulamak berfatwa tidak mengikut landasan yang benar.

“Serangan demi serangan yang mereka lakukan ke atas pejuang kebenaran ini sebenarnya memakan diri mereka sendiri. Masyarakat akan mula sedar mentaliti pemikiran jumud yang cuba mereka terapkan,” katanya.

Dr Suhazeli berkata, vaksin Meninggococal adalah selamat digunakan seawal umur 2 bulan, iaitu bergantung kepada jenis vaksin.

Ianya adalah vaksin wajib sebelum seseorang menunaikan haji atau umrah.

The post Dakyah antivaksin menular, sengaja reka cerita untuk takutkan orang awam: Pakar perubatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian