ismakualaterengganu

De Palma tidak akan patuhi polisi larangan bertudung

KUALA LUMPUR, 28 Safar 1439H, Jumaat -Rangkaian Hotel De Palma tidak akan mematuhi polisi yang melarang wanita bertudung bekerja di baris...

KUALA LUMPUR, 28 Safar 1439H, Jumaat -Rangkaian Hotel De Palma tidak akan mematuhi polisi yang melarang wanita bertudung bekerja di barisan depan dan bercadang menyemak semula keanggotaannya dalam Persatuan Hotel Malaysia (MAH) selagi pendirian persatuan berhubung isu itu tidak diperbetulkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hotel De Palma, Dr Azaharul Hisham Sulong Ahmad berkata, polisi itu bukan sahaja berbentuk diskriminasi tetapi juga tidak sesuai diguna pakai oleh hotel-hotel di Malaysia selaku sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

“De Palma menentang sebarang bentuk diskriminasi terhadap kemanusiaan dan tidak akan bersekongkol dengan elemen sedemikian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga menggesa pengusaha hotel lain membantah polisi tersebut yang disifatkannya sebagai tidak perlu.

Azaharul Hisham mengulas kenyataan MAH yang mempertahankan tindakan pengusaha hotel melarang staf wanita beragama Islam yang memakai tudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan.

Mengulas lanjut, beliau berkata MAH sepatutnya mencadangkan kepada anggota agar menimbang pemakaian tudung sebagai sebahagian pakaian seragam untuk staf barisan depan.

Menjadi tugas persatuan untuk membimbing anggotanya agar seiring dengan konteks Malaysia, katanya.

“Bagi mengelakkan prejudis, kami di De Palma tidak pernah memaksa pekerja barisan depan yang bukan Islam memakai tudung walaupun kami hotel mesra Islam kerana kami amat menghormati agama dan hak mereka menurut Perlembagaan,” katanya.
Kumpulan De Palma merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.
– Bernama

The post De Palma tidak akan patuhi polisi larangan bertudung appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 8973086647336031535

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item