ismakualaterengganu

Dr Vida nyaris jadi mangsa scammer

BANGI, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida mendakwa nyaris ditipu oleh sekumpulan lelaki yang membuat panggila...

BANGI, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida mendakwa nyaris ditipu oleh sekumpulan lelaki yang membuat panggilan telefon dan meminta wang RM30,000, semalam.

Menurut pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu, beliau menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai pegawai bank, dan memaklumkan bahawa akaun peribadinya telah dibekukan kerana mempunyai tunggakan pinjaman wang peribadi bernilai RM30,000 di cawangan Karamunsing, Kota Kinabalu, Sabah.

Dr Vida atau Dr Hasmiza Othman, 46, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan dengan perkara itu dan tanpa mengesyaki sesuatu meragukan kerana setiap data peribadi yang dinyatakan oleh suspek berkenaan tepat.

“Saya terkejut bagaimana boleh ada pinjaman, dan kalau orang buat pinjaman atas nama saya ianya sedikit sangat RM30,000.

“Pegawai itu kemudian minta saya membuat laporan segera kerana mendakwa penyalahgunaan data peribadi dan minta saya menunggu panggilan daripada seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah,” katanya menerusi video selepas membuat laporan di Balai Polis Jelapang, Ipoh, semalam.

Dr Vida berkata, beliau bertambah terkejut selepas dimaklumkan pegawai polis berkenaan bahawa akaun tersebut dibeku kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“Dia beri ugutan kata akaun ini telah dibekukan kerana penyalahgunaan dadah oleh seorang suspek yang ditangkap dan hasil tangkapan mendapati suspek mempunyai kad ATM saya.

“Beberapa panggilan terbabit turut bertanyakan mengenai butiran peribadi, termasuk akaun simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB),” katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan mendedahkan data peribadi sewenang-wenangnya.

The post Dr Vida nyaris jadi mangsa scammer appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 4179289004892625382

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item