Enam rakyat Malaysia terlibat nahas SMRT

BANGI, 27 Safar 1439H, Khamis – Enam rakyat Malaysia disahkan terlibat dalam insiden pelanggaran tren Stesen Mass Rapid Transit (SMRT) di Joo Koon, Singapura, semalam.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, kesemua warganegara Malaysia yang cedera telah dihantar ke hospital berdekatan bagi menerima rawatan lanjut.

Menurut kenyataan itu, setakat ini 29 orang dilaporkan cedera dalam insiden jam 8.20 pagi semalam, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura sedang berkerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memantau serta mendapatkan maklumat lanjut berkenaan insiden tersebut.

“Warganegara Malaysia yang terlibat dalam insiden ini dan memerlukan bantuan konsular adalah dinasihatkan untuk berhubung dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura di 301 Jervois Road, Singapura 249077,” katanya.

Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sana juga boleh dihubungi di talian +65 623 50 111 atau +65 688 76 231, dan email mwsingapore@kln.gov.my.

The post Enam rakyat Malaysia terlibat nahas SMRT appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian