ismakualaterengganu

Gaji kecil bukan punca polis terlibat rasuah

BANGI, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid menolak dakwaan mengatakan punca utama anggota p...

BANGI, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid menolak dakwaan mengatakan punca utama anggota polis terlibat salah laku rasuah disebabkan faktor bergaji kecil.

Beliau berkata, isu gaji kecil bukan pendorong utama kepada penglibatan gejala tidak berintegirti seperti rasuah dan salah guna kuasa.

Katanya, penglibatan anggota dalam kes sedemikian lebih terdorong kepada desakan peribadi yang ingin hidup mewah, berbelanja di luar kemampuan.

“Antaranya seperti membeli kereta, pakaian dan perabot rumah yang berjenama dan mahal menyebabkan pendapatan dan perbelanjaan menjadi tidak seimbang,” katanya.

Mengulas lanjut Zahid berkata, berdasarkan statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), penglibatan anggota polis dalam gejala rasuah bagi tahun 2016 hanya 187 kes, atau 0.15 peratus, daripada keseluruhan anggota.

“Justeru, Pengurusan PDRM telah mengemukakan pelbagai cadangan untuk meringankan perbelanjaan harian anggota PDRM, antaranya kenaikan kadar elaun yang diterima ketika ini atau memperkenalkan elaun baharu untuk pertimbangan pihak berwajib.

“PDRM juga telah mencadangkan 13 jenis elaun untuk diselaraskan semula kepada kerajaan sesuai dengan beban tugas kini,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

The post Gaji kecil bukan punca polis terlibat rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 6306553829167060365

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item