Gerakan politik Cina di Malaysia

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP sebenarnya merupakan gerakan pembaharuan politik Cina Generasi Ketiga di Malaysia.

Menghuraikan perkara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Kelantan, Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah berkata, gerakan politik Cina cauvinis di Malaysia terbahagi kepada tiga generasi kesemuanya.

Beliau berkata, politik generasi ketiga ini merupakan zaman pembaharuan yang lebih condong kepada politik Barat.

Namun, jelasnya, mereka masih mengekalkan teras Politik Buluh dibawa generasi pertama.

Politik Buluh menjurus kepada soal kuasa politik yang dapat membantu pertumbuhan perniagaan orang Cina, kepentingan pendidikan Cina dan perspektif China di Malaysia.

“Tokoh-tokoh generasi ketiga lahir di Malaysia dan mendapat pendidikan di Malaysia. Mereka sedar akan kepentingan peranan Politik Buluh dalam pendemokrasian, pembaharuan idea-idea baharu seperti integriti, politik baharu dan kebersamaan dalam pembinaan negara bangsa.

“Gerakan pembaharuan ini turut disertai oleh golongan komuniti-komuniti lain. Kebanyakan tokoh-tokoh pembaharuan ini menyertai wadah perjuangan DAP yang konsisten mencabar kuasa dominan MCA dan Gerakan.

“Walaupun begitu, sokongan ke atas DAP kelihatan kukuh dan boleh dilihat dari dua fasa iaitu fasa pertama adalah bermula dari tahun 1969 sehingga 1999 di mana sekurang-kurang 17 peratus komuniti Cina menyokong perjuangan DAP dalam kajian Lee Yok Fee.

“Fasa kedua bermula dari tahun 2004 hingga 2013 menunjukkan sokongan ke atas DAP meningkat dari 17 peratus kepada melebihi 60 peratus. Situasi ini menyebabkan MCA dan Gerakan hanya berjaya mendapat sokongan komuniti Cina kurang dari 20 peratus,” katanya dalam tulisan di Sinar Online.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, penurunan populasi komuniti Cina akan berkurangan dari 21.4 peratus pada tahun 2015 kepada 18.4 peratus pada tahun 2040.

“Situasi ini menyebabkan tokoh-tokoh pembaharuan generasi bahagian kedua membentuk gabungan kuasa dengan komuniti-komuniti lain khususnya komuniti India, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Justeru, gabungan dengan komuniti lain memberikan peluang untuk bersuara lebih dalam penambahan kerusi Parlimen.

“Ini disebabkan hanya 24.3 peratus ahli Parlimen komuniti Cina diperuntukkan daripada 222 kerusi Parlimen.

“Terdapat lebih 40 kerusi Parlimen campuran antara komuniti-komuniti lain dalam satu kajian Lee Kam Hing dan Thock Ker Pong. Maka dengan gabungan tersebut, DAP lebih menyerlah dalam komuniti Cina berbanding MCA dan Gerakan,” katanya.

The post Gerakan politik Cina di Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian