GPS ingatkan Ahli Parlimen bersatu desak kerajaan tak iktiraf UEC

BANGI, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Gerakan Pengundi Sedar (GPS) mengingatkan semua Ahli Parlimen untuk bersatu mendesak kerajaan supaya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Pengarah Operasi GPS, Assiddiq Fauzan berkata, UEC bercanggah dengan Akta Pendidikan 1996 dan mengancam usaha ke arah perpaduan nasional.

“Silibus yang terkandung dalam UEC mengunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar. Malahan kandungan subjek Sejarah dalam silibus juga bukanlah mengikut silibus yang bertepatan dengan hasrat Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Bagaimana jati diri dan kesetiaan terhadap Negara dalam diri anak-anak ini akan dibentuk? Jika mereka tidak mengenali bahasa Kebangsaan dan menyelami sejarah negara ini pastinya para pelajarnya akan hilang kesetiaan pada negara.

“Walaupun dikatakan terdapat subjek bahasa Melayu, kewajipan untuk lulus subjek ini tidak ditekankan berbanding kewajipan lulus Bahasa Mandarin. Ia sama sekali amat bercanggah dengan roh pendidikan kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bukan itu sahaja, Assidiq berkata, sebarang pengiktirafan terhadap UEC ini amat berbahaya dan tidak memberi apa-apa faedah kepada negara untuk jangka masa yang panjang.

Malah, sekiranya terdapat sebarang usaha ke arah pengiktirafannya, ia sama seperti sebuah usaha kepada perpecahan kaum yang lebih dahsyat.

“Tuntutan untuk mengiktiraf UEC ini perlu dilihat daripada kaca mata kepentingan perpaduan kaum serta kesan jangka masa panjang terhadap sistem pendidikan di Malaysia.

“UEC bukan sahaja membolehkan pihak tertentu bebas mempunyai kuasa untuk menentukan kurikulum sendiri menggunakan perantaraan bahasa Cina, malah boleh mengadakan peperiksaan sendiri tanpa kebenaran pengarah peperiksaan.

“Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tuntutan ini ibarat api dalam sekam kerana sekiranya ia ditunaikan, secara perlahan akan merosakkan perpaduan kaum yang telah dipelihara sejak sebelum merdeka lagi,” katanya.

GPS adalah sebuah badan bebas ditubuhkan Biro Gerakan Massa, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), yang mempunyai agenda untuk mengangkat calon Muslim berwibawa dan layak bagi memenuhkan Dewan Rakyat.

The post GPS ingatkan Ahli Parlimen bersatu desak kerajaan tak iktiraf UEC appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian