GPS kena perhati juga kawasan kritikal: Penganalisis politik

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 19 Safar 1439H, Rabu – Gerakan Pengundi Sedar (GPS) disaran supaya memberi penekanan terhadap keperluan meletakkan calon berbangsa Melayu di kawasan campuran, yang mana separuh daripadanya merupakan pengundi Melayu.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berkata, selain menjadi badan bebas yang akan mengangkat calon muslim berwibawa, GPS juga perlu melihat keadaan pengundi di kawasan campuran yang disifatkan sebagai kritikal.

Katanya, rata-rata pengundi Melayu berasa dilema apabila calon yang diletakkan di kawasan mereka adalah daripada bukan Islam, sehingga membuatkan mereka enggan untuk melaksanakan tanggungjawab memilih.

“Kesilapan ini dilihat berlaku dalam kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, apabila meletakkan calon bukan Islam di kawasan majoriti Melayu.

“Saya nampak beberapa kawasan selepas PRU 2008 menerusi tulisan saya di beberapa akhbar arus perdana sebelum ini, di mana saya menyentuh mengenai apa yang dilakukan di Grik, Perak, yang meletakkan calon Cina, sedangkan pengundi Melayunya lebih daripada 70 peratus.

“Begitu juga di Kuantan. Tetapi, PRU13 lepas, pimpinan BN telah menukar dan meletakkan calon Melayu di Grik dan Kuantan,” katanya kepada Ismaweb.net.

Menurut Prof Yazid, PRU13 sebelum ini, pimpinan BN masih mengulangi kesilapan sama dengan meletakkan calon bukan Melayu di kawasan tidak sepatutnya seperti Tanjung Malim, Alor Gajah, Segamat dan Simpang Renggam.

“Dalam konteks ini bukan melihat ianya rasis atau tidak, sebaliknya prinsip demokrasi itu sendiri, di mana kawasan majoriti Melayu sepatutnya diletakkan calon Melayu, dan kawasan bukan Melayu diletakkan calon selainnya,” katanya.

Jelas beliau, Tanjung Malim merekodkan sebanyak 53.5 peratus pengundi Melayu, sementara hanya 27 peratus merupakan pengundi daripada Cina.

“Di Alor Gajah (58.5 peratus) pengundi Melayu, 27.8 peratus adalah Cina. Begitu juga di Air Hitam (58 peratus) Melayu, dan 33.9 peratus – Cina dan di Simpang Renggam (56.8 peratus-Melayu), namun 33 peratus sahaja pengundi Cina.

“Itu contoh di mana pengundi Melayu lebih 50 peratus tetapi diletakkan calon bukan Melayu daripada rakan BN. 50 peratus pengundi Melayu dalam kawasan campuran ini perlu memberi undi kepada calon Melayu kerana prinsip demokrasinya majoriti itu.

“Kita mahu lihat prinsip itu apabila kawasan tersebut pengundinya Melayu meletak calon sama, dan bukan Melayu letak calon daripada kalangan mereka,” katanya.

The post GPS kena perhati juga kawasan kritikal: Penganalisis politik appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian