Hanya satu tahfiz penuhi aspek keselamatan di Negeri Sembilan

SEREMBAN, 19 Safar 1439H, Rabu – Hasil pemeriksaan keselamatan bomba Negeri Sembilan mendapati hanya 1 daripada 64 sekolah tahfiz seluruh negeri itu menepati aspek keselamatan ditetapkan.

Selain itu, 41 daripadanya masih belum mendaftar dengan Jabatan Pendidikan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sekolah tahfiz yang beroperasi di negeri ini yang tidak menepati aspek keselamatan ditetapkan bomba dan belum mendaftar, digesa berbuat demikian hingga Jun tahun hadapan.

“Pihak sekolah diberi tempoh hingga Jun tahun depan dan jika gagal berbuat demikian, sekolah mereka akan diarahkan tutup serta merta,” katanya kepada pemberita pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, sekolah tahfiz yang menepati spesifikasi keselamatan bomba di negeri ini iaitu Maahad Ahmadi Negeri Sembilan, Gemencheh bawah seliaan kerajaan negeri. – Bernama

The post Hanya satu tahfiz penuhi aspek keselamatan di Negeri Sembilan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?