Harga minyak jadi penentu PRU14: Tuan Ibrahim

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 28 Safar 1439H, Jumaat – Kerajaan Barisan Nasional (BN) mungkin boleh menghalang kenaikan harga minyak atau mengumumkan pemberian subsidi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti, namun ia tidak bermakna rakyat akan mengundi mereka semula.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, BN juga mungkin terpaksa menunda PRU14 jika harga minyak naik mendadak ekoran kemarahan rakyat terhadap kerajaan susah dibendung.

Katanya, harga minyak ketika ini semakin menghampiri RM2.70 seliter seperti di zaman pentadbiran Tun Abdullah Badawi, yang membuka laluan kepada kehilangan dua pertiga majoriti BN di Parlimen.

“Jikalau harga minyak tempatan semakin meningkat sehingga ke PRU14 kerana harga pasaran dunia serta kelemahan nilai Ringgit, segala ‘feel-good’ yang akan dijana melalui Bajet 2018 akan hilang.

“Sekiranya harga minyak naik mencecah RM2.50, para peniaga akan mengambil keputusan untuk menaikkan harga barangan kerana naiknya kos pengangkutan.

“Ini bakal sekali lagi melonjakkan inflasi dan juga kos sara hidup rakyat, yang sudah tentunya akan menjadi isu penting pada PRU14,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, beliau membayangkan bagaimana nasib BN ketika itu, sekiranya harga RON95 mencecah RM2.70 seliter ekoran kenaikan harga pasaran pada saat-saat akhir menjelang minggu pengundian.

“Kenaikan BR1M juga tidak akan membantu kerana panadol ini hanya dapat bertahan sekejap.

“Apakah harga minyak ini penentu undi rakyat pada PRU14 mengatasi Bajet 2018? Jika dinilai melalui kemarahan rakyat di media sosial pada waktu ini, nampaknya ya,” katanya.

Rabu lalu, harga runcit minyak petrol dan diesel diumumkan naik lagi, lima minggu berturut-turut sejak pertengahan Oktober lepas.

Kenaikan berterusan itu mencetuskan kemarahan rakyat di media sosial, yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan pengumuman harga mingguan itu.

The post Harga minyak jadi penentu PRU14: Tuan Ibrahim appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian