Hartanah residensi di Selangor paling banyak tak terjual

KUALA LUMPUR, 4 Rabiulawal 1439H, Khamis – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Selangor mencatat lambakan hartanah residensi yang gagal terjual paling tinggi di negara ini.

“Berdasarkan laporan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), ia mewakili 21 peratus atau 27,438 unit.

“Mengikut laporan BNM dari tahun 2014 sehingga tahun ini, hartanah residensi yang masih belum terjual adalah 130,660 unit, di mana 83 peratus daripada jumlah tersebut berharga RM250,000 dan ke atas untuk setiap unit.

“Hanya 14 peratus sahaja dari jumlah tersebut yang belum dijual di Wilayah Persekutuan,” katanya yang dipetik daripada portal BNBBC.my.

Beliau berkata, keadaan itu berpunca daripada kekurangan penawaran unit mampu milik kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

Justeru, katanya, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Bank Negara untuk menyelesaikan berkenaan lambakan hartanah yang di Kuala Lumpur sebelum satu tindakan akan diambil.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian bagi sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, Khamis.

The post Hartanah residensi di Selangor paling banyak tak terjual appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian