Hujan lebat berterusan di enam negeri Semenanjung

BANGI, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di enam negeri di Semenanjung.

Jabatan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi memaklumkan bahawa keadaan cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan sehingga awal malam ini.

Menerusi kenyataan itu, dijangka cuaca buruk melanda Perlis dan tujuh daerah di Kedah membabitkan Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Pendang, Sik dan Baling.

Keadaan cuaca buruk itu turut melanda daerah Hulu Perak, Melaka, dan beberapa kawasan di Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian. Tidak terkecuali daerah Jeli, Kelantan.

The post Hujan lebat berterusan di enam negeri Semenanjung appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian