Hujan lebat berterusan di tujuh negeri sehingga lewat petang

BANGI, 26 Safar 1439H, Rabu – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di tujuh negeri termasuk ibu negara.

Jabatan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi memaklumkan bahawa keadaan cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.

Menurut kenyataan berkenaan, beberapa daerah di Perak dijangka terjejas cuaca buruk itu membabitkan Hulu Langat, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Muallim dan Batang Padang.

Keadaan itu juga turut melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Amaran itu turut dikeluarkan di dua negeri di Selatan tanah air iaitu Negeri Sembilan (daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Seremban) serta Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai di Johor.

Tidak terkecuali enam daerah di Pahang iaitu Cameron Highland, Lipis, Raub, Bentong, Rompin dan Pekan.

Di Sabah, keadaan cuaca buruk itu turut melanda bahagian Sandakan yang menjejaskan daerah Kinabatangan dan di Tawau (Lahad Datu).

The post Hujan lebat berterusan di tujuh negeri sehingga lewat petang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian