Hujan lebat berterusan di Utara Semenanjung dan Johor

BANGI, 22 Safar 1439H, Sabtu – Keadaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berterusan sehingga lewat petang ini di tiga negeri Utara Semenanjung dan Johor.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan sebentar tadi, mengeluarkan amaran cuaca buruk berkenaan ke atas Pulau Pinang dan beberapa daerah di Kedah serta Perak.

Di Kedah, enam daerah dijangka mengalami hujan lebat iaitu Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Sementara di Perak, empat kawasan akan terjejas akibat cuaca buruk membabitkan daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Hulu Perak.

Tidak terkecuali beberapa daerah di Johor antaranya, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

The post Hujan lebat berterusan di Utara Semenanjung dan Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian