Hujan lebat di Pantai Timur, Utara sehingga Khamis

BANGI, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Hujan lebat dijangka berterusan sehingga Khamis (30 November) ini, di beberapa negeri di bahagian Pantai Timur dan Utara tanah air.

Amaran cuaca buruk itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu, hujan lebat dijangka melanda beberapa daerah di Pahang membabitkan Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Maran.

Tidak terkecuali jajahan Lojing, Kelantan. Sementara di bahagian utara, keadaan sama turut melanda Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

The post Hujan lebat di Pantai Timur, Utara sehingga Khamis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian