Imigresen tawar gantian percuma pasport mangsa banjir Pulau Pinang

BANGI, 20 Safar 1439H, Khamis – Jabatan Imigresen Malaysia menawarkan penggantian pasport yang rosak atau hilang akibat banjir di Pulau Pinang secara percuma, bermula esok sehingga 31 Disember ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, tawaran itu hanya diberikan kepada pemilik pasport yang masih belum tamat tempoh sahaja.

Jelas beliau, mangsa hanya perlu membuat laporan polis selain membawa pasport rosak berkenaan ke pejabat Imigresen di Georgetown atau Seberang Jaya.

“Kita prihatin dengan nasib mangsa banjir di Pulau Pinang jadi JIM menawarkan gantian pasport mangsa banjir secara percuma bermula esok hingga 31 Disember ini.

“Mangsa perlu membawa bersama pasport yang rosak serta membuat laporan polis sebagai bukti,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

The post Imigresen tawar gantian percuma pasport mangsa banjir Pulau Pinang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian