Internet jadi penentu undi pilihan raya

 

KUALA LUMPUR, 30 Safar 1439H, Ahad –Internet menjadi faktor penentu dalam pilihan raya memandangkan politik dan kempen politik kini lebih banyak bergantung dengan media dalam talian dan elektronik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak. 

Tambahnya, penggiat politik mula menggunakan Internet pada 1998 untuk mempengaruhi pandangan umum, namun 10 tahun kemudian, barulah akyat Malaysia sedar tentang impak internet dalam mempengaruhi undi.

Dalam catatan terbaru blognya, bendahari Umno itu memetik kenyataan jutawan media Rupert Murdoch yang menyatakan bahawa menjelang 2050, media akan menjadi dalam talian atau elektronik sepenuhnya, dan media cetak akan menjadi satu perkara yang tidak wujud lagi.

“Sebenarnya apa yang akan berlaku, ia mungkin jauh lebih awal daripada 2050,” kata Salleh sambil menambah bahawa setiap orang, terutama industri media, perlu bergerak seiring dengan masa dan menjadi celik internet.

Malah lebih penting lagi, kita tidak boleh merosakkan integriti media dalam talian dengan pertambahan berita palsu kerana ini akan mewujudkan masalah defisit amanah yang serius,” katanya

Salleh menegaskan setiap orang perlu memastikan integriti media dalam talian tidak terhakis  disebabkan tindakan segolongan manusia.

“Jika tidak, apa yang boleh menjadi alat yang sangat berharga akan menjadi stigma kerana tiada siapa yang boleh dipercayai tentang apa yang diterbitkan dalam talian,” katanya. – Bernama

The post Internet jadi penentu undi pilihan raya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian