Isma Sambut Baik Usaha Kerajaan Mewujudkan Jawatankuasa Kabinet Khas Memperkasakan Bahasa Melayu

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyambut baik usaha kerajaan mewujudkan satu jawatankuasa kabinet khas untuk memperkasakan Bahasa Melayu agar diutamakan dalam setiap sektor dalam negara ini. Dalam satu wacana intelektual di Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diberi kuasa untuk mengambil tindakan kepada mereka yang tidak mengutamakan Bahasa Melayu.

DBP sepatutnya telah lama diberi mandat penguatkuasaan dalam dasar memartabatkan Bahasa Melayu. Ini adalah kerana badan ini sudah sekian lama berperanan dalam meningkatkan mutu Bahasa Melayu di negara ini.

Mengangkat martabat Bahasa Melayu telah menjadi teras perjuangan bangsa Melayu sejak sebelum merdeka. Era Bahasa Melayu pramerdeka bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 yang diasaskan oleh sebahagian besarnya penulis-penulis dan pengarang-pengarang Tanah Melayu yang terpaksa berhijrah ke Singapura akibat tekanan penjajah Inggeris terhadap kegiatan politik dan kreativiti mereka.

British telah melahirkan generasi pemimpin ‘Anglophile’ daripada dahulu hingga sekarang yang kagum dengan penjajah dan berasa kerdil dan hina kepada bangsa dan bahasa sendiri. Para pemimpin teras negara didapati lebih peka dengan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu disebabkan sikap anglophile mereka.

Mereka juga mengambil sikap sambil lewa tentang kepentingan memperkasakan Bahasa Melayu. Maka Bahasa Melayu terabai sehingga hari ini. Walaupun kita sudah merdeka selama 60 tahun, tahap dan mutu Bahasa Melayu masih jauh daripada perjuangan asal dan niat murni para pejuang kemerdekaan.

Oleh itu, para pemimpin Anglophile ini tidak boleh dibiarkan menentukan nasib Bahasa Kebangsaan yang kita cintai. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid diharapkan serius dalam pelaksanaan dan menguatkuasakannya secara menyeluruh di setiap kementerian dan agensi kerajaan.

 

 

 

 

 

Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman
Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian