ismakualaterengganu

Isu Bugis: Polis sudah buka dua kertas siasatan terhadap Tun M

Gambar: BH BANGI, 19 Safar 1439H, Rabu – Polis membuka dua kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berh...

Gambar: BH

BANGI, 19 Safar 1439H, Rabu – Polis membuka dua kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan mengenai isu Bugis.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan sebelum kenyataan Dewan Diraja Selangor, yang menggesa polis untuk menyiasat bekas perdana menteri itu.

“Saya boleh mengesahkan yang kami sedang menyiasat Dr Mahathir berhubung kenyataannya mengenai Bugis. Kami akan mengambil kenyataannya tidak lama lagi,” katanya seperti dilapor The Malaysian Insight, hari ini.

Siasatan itu susulan kenyataan Tun Mahathir yang mendakwa, bangsa Bugis kononnya berasal dari golongan lanun, perompak dan penjenayah pada Himpunan Sayangi Malaysia – Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya, 14 Oktober lalu.

Bagaimanapun, pada 26 Oktober, Tun Mahathir menafikan beliau berkata bahawa semua orang Bugis berketurunan lanun, sebaliknya ucapan itu merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mungkin berasal daripada keturunan lanun Bugis.

Sambil meletakkan pautan klip video sedutan ucapannya di program berkenaan dalam blog beliau Khamis lalu, Dr Mahathir berkata, ucapannya ditujukan kepada Najib yang sering mendakwa beliau adalah pahlawan Bugis.

Bagaimanapun selepas itu, menerusi kenyataan Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, Sultan Selangor melahirkan rasa murka dengan ucapan Tun Mahathir yang dilihat cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Hanafisah berkata, sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang menerajui pemerintahan negara selama tempoh 22 tahun, Tun Mahathir seharusnya lebih berhat-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, dan seharusnya juga lebih mengetahui mengenai fakta sejarah keturunan bangsa Bugis.

The post Isu Bugis: Polis sudah buka dua kertas siasatan terhadap Tun M appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 4194636535440239238

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item