ismakualaterengganu

JAIPs lapor polis dihalang periksa Maahad Matin

Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (Matin) di Kangar, Perlis. KANGAR, 30 Safar 1439H, Ahad – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis...

Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (Matin) di Kangar, Perlis.

KANGAR, 30 Safar 1439H, Ahad – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) hari ini membuat laporan polis terhadap pengurusan Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (Matin) kerana menghalang kakitangan mereka menjalankan pemeriksaan di pusat tahfiz berkenaan.

Memetik laporan Utusan Malaysia, laporan itu dibuat anggota penguat kuasa jabatan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar pagi tadi.

Difahamkan, kedatangan pasukan penguat kuasa JAIPS pagi tadi adalah untuk membuat penahanan terhadap seorang penceramah yang sebelum itu mengadakan kuliah agama harian di situ.

Bagaimanapun pasukan itu telah dihalang oleh petugas pusat tahfiz milik persendirian itu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wari Kiew ketika dihubungi mengesahkan laporan polis yang dibuat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas.

Katanya, setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan tiada tangkapan dibuat.

The post JAIPs lapor polis dihalang periksa Maahad Matin appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 1013370912531008350

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item