JAIPS tiada waran tak boleh masuk MATIN, kata Mudir

BANGI, 3 Rabiulawal 1439H, Rabu – Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN) menafikan laporan bahawa mereka menghalang kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) menjalankan pemeriksaan di pusat tahfiz berkenaan.

Sebaliknya, Mudirnya, Ustaz Yussaine Yahya berkata, pihak JAIPs tidak membawa sebarang waran untuk memasuki premis MATIN, dan hanya membawa sehelai kertas enakmen.

“Kita tak halang, halang ni depa mai, pegang Naib Mudir Matin, Ustaz Nazrul Nasir kita tepis, tu nama dia halang. Ni dia masuk tak tadi? Tak masuk, duduk dekat luar tu je, kita tak bagi.

“Kenapa kita tak bagi, ini premis kita, ibarat ini rumah kita, dan mereka nak masuk juga, kalau nak masuk kena bagi waran, kalau ada waran boleh masuk, kalau tiada tak boleh masuk.

“Dia pun bawa keluar satu kertas, bukan waran, Enakmen Jabatan Agama Islam Negeri Perlis mengatakan tak dibenarkan mengajar di mana-mana tempat premis awam di Perlis melainkan mesti ada tauliah.

“Pengarah Jabatan Agama Islam ni, waran dengan kertas pun tak reti beza. Maka mereka tak dibenarkan masuk. Ini premis persendirian. Adakah itu dikatakan menghalang? kalau dia masuk juga, itu dinamakan menceroboh,” katanya dalam kuliah bersempena Majlis Iftitah Semarak Cinta Rasul SAW 1439H yang dimuat naik ke laman sosial Facebook rasmi Matin.

Mengulas lanjut, Ustaz Yussaine berkata, pada awalnya beliau sudah dihubungi oleh pihak JAIPs untuk membatalkan program Ustaz Nazrul.

Namun, arahan itu tidak dipedulikan kerana Ustaz Nazrul cuma diarahkan untuk mengajar di premis persendirian yang mana beliau mudirnya.

“Saya kelmarin dihubungi oleh pihak JAIPs supaya membatalkan program Ustaz Nazrul pagi tadi. Saya kata pagi tadi saya buat tahlil Yassin, arwah anak saya Muhammad Al Fateh, meninggalnya cukup setahun. Hari Jumaat yang lepas, 17 haribulan.

“Saya pun panggil adik beradik saya, saudara saya, ada yang tak dipanggil tu maklumlah, modal tak banyak. Sambil-sambil tuan-tuan dan puan-puan tunggu nak tahlil, suruh Ustaz Nazrul mengajar sikit.

“Nama kitabnya Bidayatul Hidayah, bukan kitab Syiah, kitab Ahlul Sunnah, bab sembahyang Jumaat, supaya kita semua tahu adab-adab Jumaat.

“Ini dia telefon saya suruh saya batalkan. Saya kata saya tak akan batalkan. Baru-baru ni masa Sheikh Nuruddin dia kacau dah, saya sampai naik pening 10 hari 10 malam tak boleh tidur, tiap-tiap hari kacau ganggu. Seolah-olahnya apa yang kita nak buat ni satu jenayah. Mereka pandai la macam biasa la, alasan tiada tauliah.

“Kita jelas, kita kata MATIN ini adalah premis parti. MATIN ini adalah cawangan PAS kerana MATIN ini didaftarkan di bawah PAS negeri Perlis. Bererti diakui oleh Perlembagaan.

“Ustaz Nazrul ini dia mengajar, dia Naib Mudir MATIN, dia diarah oleh saya, mudir untuk mengajar dan ikut suka saya la nak panggil siapa mengajar pun,” katanya.

Reda dengan situasi itu, Ustaz Yussaine berkata, beliau sudah menjangkakan perkara sebegini akan berlaku.

“Saya akan berbuat apa sahaja untuk memastikan MATIN ini dengan segala programnya, dengan apa yang kita hidang untuk masyarakat dan umat akan berjalan terus sampai Hari Kiamat.

“Kalau kita kena pergi mahkamah, kita teruskan. Biar hakim yang tentukan siapa betul, siapa salah,” katanya.

Terdahulu, JAIPs membuat laporan polis terhadap pengurusan MATIN kerana menghalang kakitangan mereka menjalankan pemeriksaan.

Laporan itu dibuat anggota penguat kuasa jabatan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, Ahad lalu.

The post JAIPS tiada waran tak boleh masuk MATIN, kata Mudir appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian