ismakualaterengganu

Jemaah perlu patuhi larangan bergambar Masjidilharam, Masjid Nabawi: TH

KUALA LUMPUR, 11 Rabiulawal 1439H, Khamis – Lembaga Tabung Haji (TH) akan memberikan maklumat lanjut berhubung larangan bergambar di dala...

KUALA LUMPUR, 11 Rabiulawal 1439H, Khamis – Lembaga Tabung Haji (TH) akan memberikan maklumat lanjut berhubung larangan bergambar di dalam Masjidilharam di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah semasa Kursus Asas Haji yang akan dilaksanakan di seluruh negara pada 2 Disember depan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, pihaknya telah menerima surat daripada Bahagian Konsular, Kementerian Luar berhubung larangan tersebut dan akan melakukan tindakan proaktif terhadapnya.

“TH akan memberi penerangan serta nasihat melalui media sosial secara berkala kerana platform ini dilihat lebih cepat dan berkesan dalam menguar-uarkan sesuatu kepada umum,” katanya seperti dilapor BNBBC.my

Terdahulu, Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan arahan melarang jemaah haji dan umrah bergambar termasuk mengambil swafoto di dalam kedua-dua masjid suci itu bagi memelihara kesucian dan menghormati jemaah lain yang beribadat.

Larangan itu dikeluarkan dalam pekeliling Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dan diedarkan kepada semua negara melalui nota diplomatik bertarikh 12 November 2017.

Jemaah yang melanggar larangan itu berdepan tindakan dirampas kamera mereka, jika perlu, tambah kenyataan itu.

The post Jemaah perlu patuhi larangan bergambar Masjidilharam, Masjid Nabawi: TH appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 3113200792541123263

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item