JKPP arah kerja di tapak pembinaan kren tumbang dihenti

KUALA LUMPUR, 21 Safar 1439H, Jumaat – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluarkan notis pemberhentian kerja ke atas aktiviti pembinaan di sebuah tapak pembinaan di Kampung Baru, susulan kejadian sebuah kren tumbang di Kuala Lumpur, semalam.

Ketua pengarahnya, Mohtar Musri berkata tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kilang dan Jentera 1967.

Katanya jika didapati bersalah, pihak yang bertanggungjawab boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Ketika kejadian, seorang pekerja sedang mengendalikan kren menara bagi mengangkat bebanan, secara tiba-tiba ‘luffing boom’ kren menara itu tumbang dan menghempap sebuah kenderaan di luar tapak pembinaan.

“Kejadian ini menyebabkan kecederaan ringan kepada seorang pekerja dan dua orang awam selain kerosakan kepada kenderaan yang diparkir berhampiran lokasi kemalangan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata JKKP memandang serius setiap kemalangan yang berlaku terutama melibatkan pekerja mahupun orang awam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari semalam, tiga orang cedera ringan dan dua kenderaan terjejas. – Bernama

 

The post JKPP arah kerja di tapak pembinaan kren tumbang dihenti appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian