Johor pula larang Ustaz Haslin, Mufti Ismail Menk berceramah

JOHOR BAHRU, 12 Safar 1439H, Rabu – Selepas Singapura, Johor pula mengharamkan penceramah bebas, Ustaz Haslin Baharim dan Ulama terkenal yang juga Mufti Zimbabwe, Sheikh Ismail Menk daripada menyampaikan ceramah di negeri itu.

Perkara berkenaan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim dengan menegaskan, ia adalah titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata, larangan itu dikeluarkan berikutan pandangan mereka yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum.

“Kandungan ceramah yang pernah disampaikan oleh kedua-dua penceramah sebelum ini dilihat boleh membawa kegelisahan dalam keharmonian kaum.

“Jabatan Agama Johor akan terus memantau perkembangan ceramah agama di negeri ini, bagi memastikan tiada elemen atau pandangan yang menggalakkan perpecahan kaum disampaikan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Singapura sebelum ini mengharamkan Ustaz Haslin dan Sheikh Ismail daripada memasuki negara itu.

Kementerian Dalam Negeri Singapura berkata, Ustaz Haslin membawa pandangan yang menggalakkan perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam, yang disifatkannya sebagai menyimpang.

Sheikh Ismail pula didakwa mengajar ajaran yang boleh menyebabkan perpecahan.

The post Johor pula larang Ustaz Haslin, Mufti Ismail Menk berceramah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian