Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 982 orang


ALOR SETAR, 18 Safar 1439H, Selasa – Jumlah mangsa banjir di Kedah setakat 8 pagi ini menurun kepada 982 orang berbanding 2,337 orang seperti yang direkodkan malam tadi.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Lt Kol (PA), Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata, jumlah itu dijangka terus berkurangan berikutan keadaan cuaca yang semakin baik dan lebih ramai mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Setakat 8 pagi ini, kesemua mangsa daripada 271 keluarga ditempatkan di 15 pusat pemindahan di Kuala Muda, Yan, Kulim, Baling, Bandar Baharu dan Pendang.

Di Kuala Muda, sembilan pusat pemindahan masih dibuka iaitu di Dewan Kampung Bukit Belah Batu Dua yang menempatkan sembilan orang, Dewan Taman Bedong Jaya (15) dan surau Taman Malinja (15).

Selain itu, surau Kampung Jawa (10), Dewan Kampung Bujang (86), Dewan Kampung Sungai Pial (174), surau Kampung Jilid 4/5 (61), Dewan Taman Setia Budi (61) dan surau Kampung Lebai Ali dengan sembilan mangsa.

Di Kulim pula dua pusat pemindahan dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Pulas (121) dan surau Teluk Bina seramai 42 mangsa.

Sementara itu, sebuah pusat pemindahan dibuka masing-masing di Yan di surau Kampung Kepala Bukit yang menempatkan 79 mangsa, di Baling di Masjid Kuala Bakong (114), di Pendang di Dewan Seminar seramai 156 orang dan SK Selama di Bandar Baharu dengan 30 mangsa.

Sebanyak 29 pusat pemindahan ditutup berbanding 22 yang direkodkan malam tadi selepas keadaan banjir semakin surut di beberapa kawasan di daerah terbabit. – Bernama

The post Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 982 orang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian