Kajian Perubatan aktivis Isma terima pengiktirafan Royal College of Physicians di UK

CARDIFF, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin –  Aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Eropah, Nor Farzana Abdul Aziz mengharumkan nama negara apabila kajian perubatannya mendapat pengiktirafan Royal College of Physician dan Society of Physicians in Wales.

Kajian berjudul Utility of Hepatoma Arterial Embolization (HAP) Score in Hepatocellular Carcinoma (HCC) itu bukan sahaja diiktiraf badan perubatan berkenaan, malah berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan abstrak terbaik dalam Royal College of Physicians and Society of Physicians in Wales Joint Annual Update in Acute and General Internal Medicine 2017.

Farzana yang merupakan Bendahari Kehormat ISMA UK-Eire berkata, beliau sangat bersyukur dan terharu dengan anugerah ini.

Katanya, ini semua dengan doa dan sokongan daripada ibu bapa, para pensyarah, dan rakan-rakan khususnya di Cardiff yang banyak membantu sepanjang beliau melaksanakan kajian itu.

“Pada saya, seseorang pelajar yang cemerlang mestilah seorang yang sentiasa mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa.

“Lebih penting sentiasa memperbaiki diri ke arah menjadi muslimah yang cemerlang di sisi Allah di samping menjadi contoh yang baik di mata masyarakat,” katanya.

Mengulas mengenai penglibatannya sebagai aktivis Isma, katanya, ia langsung tidak menganggu malah banyak memberi inspirasi.

“Bagi saya kesibukan sebagai seorang pelajar perubatan tidak menghalang saya untuk bergerak aktif dalam organisasi pelajar seperti ISMA UK-Eire, malah ia menjadi motivasi penting kepada diri saya untuk terus bijak membahagikan masa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Isma Eropah, Nurul Diyana Zaidi  berkata, mereka menyambut baik penglibatan ahli secara aktif dalam bidang akademik sekaligus menyumbang secara langsung kepada kesejahteraan masyarakat.

“Farzana telah membuktikan kebolehan pendakwah untuk menyumbang kepada masyarakat dalam pelbagai bidang.

“Justeru, Isma UK-Eire akan terus komited ke arah pembangunan ahli yang cemerlang secara holistik, kerana itulah kunci utama kepada penyelesaian masalah masyarakat kita pada hari ini,” katanya.

The post Kajian Perubatan aktivis Isma terima pengiktirafan Royal College of Physicians di UK appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian