ismakualaterengganu

Kanak-kanak Rohingya derita kebuluran, krisis kesihatan

COX’S BAZAR, 22 Safar 1439H, Sabtu – Dianggarkan lebih satu perempat kanak-kanak Rohingya yang melarikan diri daripada Myanmar ke Banglad...

COX’S BAZAR, 22 Safar 1439H, Sabtu – Dianggarkan lebih satu perempat kanak-kanak Rohingya yang melarikan diri daripada Myanmar ke Bangladesh menderita kekurangan zat makanan yang mengancam nyawa, lapor Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC).

Pasukan bantuan berkenaan turut memberi amaran bahawa pelarian disahkan mengalami kebuluran sebelum melintasi sempadan ke kem pelarian di Bangladesh.

Berdasarkan kajian yang dijalankan pada akhir Oktober lalu di kem pelarian Kutupalong, menunjukkan bahawa kadar kanak-kanak pelarian yang mengalami kekurangan gizi meningkat dua kali ganda sejak Mei, menyebabkan hampir separuh daripada mereka kurang berat badan dan menghidap anemia.

Angka berkenaan dilaporkan mencapai tahap kecemasan dan dijangka terus meningkat ekoran penilaian kajian itu hanya mengukur 10 peratus pelarian sahaja.

“Keadaan yang kita lihat di Cox’x Bazar dianggap sebagai bencana kepada krisis kesihatan awam pada skala yang tidak dapat dibayangkan.

“Angka-angka yang mengejutkan itu, secara langsung mengesahkan dapatan kajian IRC mengenai masalah kekurangan bekalan makanan dan bekalan air bersih. Ini serius, kerana dua pertiga air di Cox’s Bazar tercemar dengan najis,” kata Pengarah IRC, Cat Mahony.- Agensi

The post Kanak-kanak Rohingya derita kebuluran, krisis kesihatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 1513056813554581256

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item