Kata Pedang: Syarat Kemenangan JDT, Kedah dan Islam

(Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana)

APAKAH ciri-ciri yang ada pada pasukan Kedah sehingga melayakkannya memasuki pentas akhir Piala Malaysia untuk tiga kali berturut-turut?

Apakah ciri-ciri yang ada pada pasukan Johor Darul Takzim sehingga berjaya menewaskan pasukan Lang Merah malam tadi?

Apakah realiti (kelemahan) yang berlaku pada pasukan lain yang tidak ada pada JDT dan Kedah?

Apakah perancangan pasukan lain untuk memperbaiki keadaan bagi menghadapi Piala Malaysia musim hadapan?

Kita gunakan soalan sama tetapi dalam konteks kemenangan Islam.

Apakah ciri-ciri yang ada pada Solahuddin Al-Ayubi sehingga berjaya membuka pintu Masjid Al-Aqsa?

Apakah ciri-ciri yang ada pada Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya membuka Kota Konstantinople?

Apakah ciri-ciri yang ada pada Nabi Muhammad dan para sahabat sehingga berjaya mengubah keadaan masyarakat Arab Jahiliyah kepada Nur Islam? Sejak zaman Makkiyyah hingga zaman Fathu Makkah?

Bagaimanakah realiti umat Islam hari ini? Adakah kita sedang berusaha ke arah melengkapkan diri, keluarga dan masyarakat dengan syarat-syarat kemenangan?

Atau kita semakin jauh dengan syarat kemenangan umat Islam terdahulu?

Bagaimana Al-Quran, solat, puasa, ibadah, akhlak, politik, ekonomi kita?

Apakah usaha kita untuk menjadikan generasi hari ini sebagai Jilun Nasr Wa Tamkin?

Pedang tidak berniat untuk mengubah atau mengganggu ‘mood’ orang yang sedang bergembira dengan bola sepak, ia tidak salah pun, tetapi Pedang mahu memainkan peranan selaku media yang membawa agenda Islam dan Melayu dalam masyarakat.

Umat kita semakin lama semakin hanyut. Jika dibiar terus hanyut, sampai bila?

Kita sanggup melabur jutaan ringgit untuk mencipta kejayaan demi kejayaan, tapi bagaimanakah pelaburan kita demi kemenangan Islam? Pelaburan tidak seharusnya dilihat dengan wang ringgit, tetapi ia lebih luas daripada itu.

Semoga sedikit persoalan yang ditimbulkan mampu mengejutkan hati-hati yang semakin lalai daripada peringatan Allah.

Kata Pedang: Tahniah kepada pasukan JDT dan Kedah. Kemenangan kita sebenarnya lebih bermakna apabila Islam berada di kedudukan tertinggi di muka bumi, seperti yang Allah kehendaki. Rujuk Surah Al-Anfal, ayat 39.

The post Kata Pedang: Syarat Kemenangan JDT, Kedah dan Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian