Kerajaan DAP didesak jelaskan punca banjir lumpur di Tanjung Bungah

GEORGETOWN, 23 Safar 1439H, Ahad – Kerajaan negeri DAP didesak untuk menyiasat punca banjir lumpur yang melanda kawasan itu minggu lalu.

Wakil penduduk Taman Seri Setia di Tanjung Bungah, Wong Fook Kong berkata, kawasan perumahan mereka tidak pernah dilanda banjir sejak ia mula didiaminya 12 tahun lalu.

Justeru, mereka berkumpul pada hari ini bagi menandatangani petisyen bantahan untuk diserahkan kepada EXCO Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow dan wakil pemaju, esok.

“Pada kejadian banjir 5 November lalu, 30 unit rumah yang terletak di aras bawah terjejas teruk, manakala 115 kereta dan 87 motosikal milik penduduk rosak kerana ditenggelami air setinggi 1.5 meter,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Pada masa sama, penduduk meluahkan rasa kecewa terhadap kerajaan negeri yang didakwa gagal mentadbir dan mengurus sehingga berlakunya kejadian banjir.

The post Kerajaan DAP didesak jelaskan punca banjir lumpur di Tanjung Bungah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian