Kerajaan jamin tambang ERL tak naik 15 tahun

BANGI, 26 Safar 1439H, Rabu– Kerajaan memberi jaminan kadar tambang Express Rail Link (ERL) dari Stesen KL Sentral ke KLIA  tidak akan naik untuk tempoh 15 tahun lagi.

Bermula 1 Januari tahun lalu, penumpang ERL perlu membayar sebanyak RM55 bagi perjalanan sehala antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan kenaikan sebanyak RM20.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata, pihaknya terpaksa menaikkan tambang ERL, berikutan ia tidak dinaikkan langsung sepanjang 15 tahun sebelum ini.

“Kita telah buat kajian semula, sebab itu apabila pihak ERL mahu menaikkan harga sebelum ini kita tak benarkan dan sehinggalah tahun 2016.

“Setelah lebih kurang 15 tahun beroperasi baru kita buat pendekatan baharu dengan deregulate maknanya kita melaksanakan kajian semula,” katanya seperti dilapor Malaysia Gazatte.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyalahkan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, kononnya sebagai penyebab berlaku kenaikan tambang ERL.

Najib berkata, kenaikan itu menerusi perjanjian yang ditandatangani pada 1997 di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir.

Malah, Najib mendakwa, beliau cuba menghalang kenaikan tambang ERL selama 14 tahun dan jika tambang tidak dinaikkan kerajaan terpaksa membayar pampasan kira-kira RM2.9 bilion.

The post Kerajaan jamin tambang ERL tak naik 15 tahun appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian