Kerajaan perlu atasi segera masalah Bahasa Melayu di SJKC

KUALA LUMPUR, 4 Rabiulawal 1439H, Khamis – Tindakan proaktif mesti diambil dengan kadar segera bagi mengatasi masalah penguasaan Bahasa Melayu, khususnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abd Aziz berkata, langkah itu perlu supaya tidak ada pihak yang membuat tuntutan agar bahasa Kebangsaan tidak diwajibkan dalam pengajaran dan pembelajaran di SJK.

“Bulan lalu, Pengerusi Majlis Bahasa Cina Malaysia, Datuk Wang Hong Cai, mendedahkan bahawa penguasaan Bahasa Melayu yang lemah serta sukar memahami sesi pengajaran dan pembelajaran adalah satu daripada punca utama kira-kira 30 peratus daripada pelajar Cina keciciran di peringkat sekolah.

“Kementerian perlu mencari jalan bagi mengatasi masalah itu. Bayangkan, walaupun sudah berada di peringkat sekolah menengah, ada antara mereka tidak dapat menguasai dan memahami Bahasa Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat, hari ini.

Justeru, Ikmal berkata, satu kajian menyeluruh perlu dilakukan untuk mengenal pasti sekolah yang mempunyai pelajar bermasalah dalam Bahasa Melayu.

“Mahu tidak mahu sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menguasai Bahasa Melayu,” katanya.

The post Kerajaan perlu atasi segera masalah Bahasa Melayu di SJKC appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian