Kerajaan pertimbang tambah BR1M jika minyak naik

KUALA LUMPUR, 26 Safar 1439H, Rabu – Pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan ditambah sekiranya harga minyak dunia terus mencatat kenaikan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, kerajaan akan mempertimbangkan pemberian tambahan kepada rakyat menerusi BR1M , namun ia disalurkan secara tidak tetap.

Beliau berkata, jika harga minyak meningkat dan menyebabkan kerajaan memperoleh lebihan pendapatan, yang boleh disumbangkan semula kepada rakyat berpendapatan rendah.

Kemungkinan besar kita boleh pertimbangkan (pemberian) BR1M tambahan tapi (jumlahnya) tidak tetap iaitu apabila (harga minyak) jatuh kita kurangkan (jumlah) BR1M tambahan ini,” katanya.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Johari berkata, setiap AS$1 (RM4.20) peningkatan harga minyak, akan memberi kira-kira RM300 juta faedah kepada kerajaan.

“Kalaulah kita hari ini (yang ditetapkan dalam) bajet AS$52 setong, katakan purata (naik) AS$62, maknanya kita sudah ada AS$10 (RM42), jadi kerajaan ada tambahan pendapatan RM3 bilion,” katanya.

The post Kerajaan pertimbang tambah BR1M jika minyak naik appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian