Kerajaan Pulau Pinang hidup dalam penafian: Jahara

GEORGE TOWN, 24 Safar 1439H, Isnin – Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP disifatkan sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa hidup dalam penafian apabila terus menerus membuat penafian berhubung bantuan banjir daripada kerajaan persekutuan.

Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata pelbagai bantuan telah disalur oleh kerajaan persekutuan untuk mangsa banjir termasuk tilam, tikar, pakaian dan sebagainya.

“Inilah kerajaan Pulau Pinang, memang sentiasa dalam ‘denial’ (penafian), tidak mahu mengaku kerajaan pusat sudah menghulurkan bantuan. Tidak mahu mengaku kerajaan pusat beri peruntukan. Bertreler- treler barangan di bawa masuk ke sini untuk menghulurkan bantuan.

“Bukan saja makanan yang dihulurkan, malah pihak daripada negeri-negeri jiran sehingga dari Johor turut datang membantu membersihkan kawasan yang terjejas,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Terdahulu Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada sidang akhbar di lobi DUN berkata sehingga hari ini kerajaan negeri masih menunggu pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di negeri ini yang bernilai RM1 bilion.

“Sehingga hari ini tidak ada apa-apa bantuan yang diumumkan untuk kerajaan negeri. Sungguhpun kita telah membentangkan projek RTB dengan kos sebanyak RM1 bilion, tetapi masih tidak ada sebarang pengumuman.

“Kita harap Perdana Menteri boleh umum dengan secepat mungkin kerana sehingga sekarang tidak ada sebarang bantuan yang diluluskan baik untuk negeri Pulau Pinang, untuk projek RTB , ataupun untuk mangsa-mangsa banjir, kita semua masih menunggu. Pada minggu lepas kita umumkan Program Bangkit Pulau Pinang bernilai RM100 juta , sudah tentu kita harapkan kerajaan persekutuan boleh luluskan jumlah yang besar,” katanya. – Bernama

The post Kerajaan Pulau Pinang hidup dalam penafian: Jahara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian