Kerjasama parti-parti Melayu sangat perlu demi Islam: Isma

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 21 Safar 1439H, Jumaat – Meskipun cadangan atau inisiatif bagi membina sebuah jambatan perpaduan antara parti Melayu dicanang sentiasa, sehingga hari ini ia belum terlaksana.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya sangat berharap wujudnya kesepakatan kerjasama antara parti-parti politik Melayu di negara ini demi menjaga Islam.

Katanya, ia tidak mustahil dapat dijalinkan walaupun sedikit mengambil masa, yang penting untuk kemaslahatan semua.

Mengambil contoh terdekat, peristiwa banjir dan tanah runtuh di Pulau Pinang, ia sebenarnya memberikan pengajaran besar kepada rakyat.

“Video Lim Guan Eng merayu sedih meminta pertolongan Kerajaan Pusat, ia membayangkan bahawa negeri itu masih lemah tanpa pertolongan pihak lain.

“Malah, gambar yang tersebar menunjukkan orang Cina duduk di dalam masjid untuk berlindung akibat banjir, melambangkan kerterbukaan Islam dalam aspek-aspek tertentu.

“Ini dalam aspek kemanusiaan, tetapi dalam konteks agama, lebih dari itu diperlukan yakni kerjasama untuk menjaga keseluruhan umat,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Mengulas lanjut Haji Aminuddin berkata, peristiwa yang berlaku ini sepatutnya membuka mata semua pihak.

Katanya, jika DAP boleh bekerjasama dengan Barisan Nasional dalam hal kemanusiaan, menjadi kemusykilan mengapa PAS dan UMNO tidak boleh bekerjasama dalam hal agama Islam.

“Atas dasar itu, kita mendoakan agar kerjasama antara parti-parti Melayu dapat diadakan demi menjaga Islam. Ya, kita boleh berbeza politik, tetapi kerana agama, kita mesti bersatu tanpa mengira apa jua parti.

“Jangan sebab rakus nak kuasa, maka dilupakan amanah sebagai umat Islam. Dalam masa sama, diharapkan tidak ada pihak atau parti bukan Islam yang cuba menghalang. Parti bukan Melayu tidak perlu masuk campur, dan tidak menganggap ia sokongan kepada tindakan pemerintah yang salah,” katanya.

The post Kerjasama parti-parti Melayu sangat perlu demi Islam: Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian