ismakualaterengganu

KPDNKK nafi harga LPG naik

BANGI, 17 Safar 1439H, Isnin – Tiada sebarang kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG) sebagaimana yang ditular di laman sosial kebelaka...

BANGI, 17 Safar 1439H, Isnin – Tiada sebarang kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG) sebagaimana yang ditular di laman sosial kebelakangan ini.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan, hari ini.

Kementerian itu berkata, pihaknya kesal dengan tindakan individu yang menularkan semula laporan tahun lalu menerusi media sosial, kononnya harga LPG dinaikkan.

“KPDNKK menafikan sekeras-kerasnya bahawa LPG akan mengalami kenaikan harga memandangkan ia adalah salah satu daripada lima barang kawalan KPDNKK.

“Tindakan tersebut dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan dikhuatiri akan menimbulkan suasana panik di kalangan pengguna,” katanya.

Justeru, mana-mana individu disaran untuk merujuk KPDNKK terlebih dahulu bagi mendapatkan kepastian sebelum menularkan sesuatu berita, atau mereka boleh rujuk portal SEBENARNYA.MY.

The post KPDNKK nafi harga LPG naik appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 5574091999975184650

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item