Lapangan Terbang Bali masih ditutup

JAKARTA, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Kementerian Pengangkutan Indonesia mengumumkan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai dilanjutkan untuk tempoh 24 jam lagi.

Ia susulan Gunung Berapi Agung yang mula meletus mengeluarkan debu.

Penutupan ini berkuat kuasa selama 24 jam bermula jam 7 pagi tadi sehingga jam 7 pagi esok, 29 November.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, laporan pihak berkuasa penerbangan tempatan menunjukkan laluan penerbangan pesawat tertutup oleh debu gunung berapi.

Bagaimanapun, Lapangan Terbang Lombok sudah dibuka semula hari ini, selepas ditutup semalam susulan letusan gunung berapi itu.

Gunung Agung ini pernah meletus pada tahun 1963, dan mengorbankan lebih 1,000 orang termasuk memusnahkan beberapa kampung. -Agensi

The post Lapangan Terbang Bali masih ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian