Larangan bertudung pekerja hotel satu bentuk diskriminasi terhadap umat Islam: Isma

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 23 Safar 1439H, Ahad – Tindakan bersama dan tegas perlu ditunjukkan terhadap operator hotel yang melaksanakan polisi melarang wanita bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan (frontdesk), kata Pengerusi Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Omar Kassim.

Beliau berkata, walaupun larangan pekerja bertudung merupakan polisi syarikat antarabangsa namun di Malaysia ia jelas merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap pekerja Muslim.

“Walaupun SOP antarabangsa, seharusnya mereka mesti melihat keadaan dan suasana setempat seperti Malaysia yang memiliki majoriti penganut Muslim yang berpegang teguh dengan agama Islam.

“Mereka yang berhijab tidak sepatutnya dihalang daripada berkhidmat di kaunter depan.

“Ini memang satu diskriminasi terhadap Islam dan umatnya,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Pada masa sama, Ustaz Omar turut bersetuju dengan cadangan supaya mengenakan tindakan menarik lesen pihak operator sekiranya larangan itu diteruskan.

“Jika sememangnya larangan pekerja bertudung merupakan polisi syarikat terutamanya hotel antarabangsa, kementerian pelacongan harus mempertimbangkan untuk menarik kembali lesen mereka untuk beroperasi,” katanya.

The post Larangan bertudung pekerja hotel satu bentuk diskriminasi terhadap umat Islam: Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian