Lebih ramai pegawai perubatan akan ditempatkan di Klinik 1Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Kementerian Kesihatan akan menempatkan lebih ramai pegawai perubatan dan kumpulan sokongan di Klinik 1Malaysia seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, perkara itu akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan menempatkan beberapa Pembantu Pegawai Farmasi secara tetap di 102 Klinik 1Malaysia.

“Kementerian sentiasa memperbaiki perkhidmatan yang lebih baik di Klinik 1Malaysia kerana sambutan yang sangat baik daripada rakyat,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Hilmi berkata, sehingga Ogos tahun ini, sejumlah 4,445,828 pesakit telah menerima manfaat dan rawatan di Klinik 1Malaysia di seluruh negara.

“Pada tahun 2015, sebanyak 6,092,332 pesakit menerima rawatan di klinik ini dan bilangannya meningkat 6,472,001 pada tahun lalu,” katanya.

Beliau menjawab soalan Wong Ling Biu (BN-Sarikei) yang minta penjelasan mengapa Klinik 1Malaysia tidak mempunyai doktor yang berkelayakan.

The post Lebih ramai pegawai perubatan akan ditempatkan di Klinik 1Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian