Macau Scam: 228 kes dilaporkan di Selangor

BANGI, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Sejumlah 228 kes berkaitan penipuan panggilan telefon atau lebih dikenali sebagai Macau Scam dilaporkan di negeri Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, meskipun ramai sudah mengetahui berkenaan Macau Scam itu, namun masih ada lagi individu yang menjadi mangsa penipuan tersebut.

“Walaupun ramai sudah tahu mengenai Macau Scam ini, tetapi kami masih lagi menerima laporan daripada mangsa yang telah diperdaya.

“Saya nasihatkan kepada mereka yang menerima panggilan daripada pihak yang mengaku sebagai pegawai polis atau pegawai bank agar jangan panik dan tidak terus mengikut arahan mereka,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Menurut Mazlan, jumlah kes berkenaan dilihat meningkat bagi tahun ini, berbanding 213 kes pada tahun lepas.

The post Macau Scam: 228 kes dilaporkan di Selangor appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian