ismakualaterengganu

Malaysia siap siaga ancaman aktiviti pembiayaan keganasan: TPM

KUALA LUMPUR, 3 Rabiulawal 1439H, Rabu – Malaysia tetap bersiap siaga menghadapi kemungkinan ancaman keganasan di peringkat rantau ini da...

KUALA LUMPUR, 3 Rabiulawal 1439H, Rabu – Malaysia tetap bersiap siaga menghadapi kemungkinan ancaman keganasan di peringkat rantau ini dan dunia secara keseluruhannya, walaupun sehingga ini tiada organisasi bukan berasas keuntungan (NPO) tempatan didapati terlibat dalam pembiayaan keganasan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata, Malaysia mempunyai sistem dan mekanisme tersendiri untuk mengenal pasti mana-mana NPO yang mempunyai kecenderungan dalam aktiviti pembiayaan keganasan hasil kerjasama dan rangkaian dengan rakan-rakan serantau.

“Kita amat khuatir mana-mana NPO laksana aktiviti yang ada objektif baik tetapi disalah guna untuk melakukan promosi keganasan termasuk saluran dana.

“NPO ini sepatutnya laksana aktiviti yang baik, tetapi kalau ada disalah guna, akan diambil tindakan. Setakat ini, belum dikenal pasti sebarang NPO yang terlibat, tetapi di luar negara sudah ada,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Ketiga Antipembiayaan Keganasan dengan kerjasama agensi perisikan kewangan Australia dan Indonesia anjuran Bank Negara Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan dan Menteri Keadilan Indonesia, Jeneral Dr H Wiranto dan Menteri Pembantu Perdana Menteri Australia untuk Antikeganasan Michael Keegan.

Ahmad Zahid berkata, Malaysia turut memiliki kaedah pemantauan sendiri melalui unit perisikan kewangan di Bank Negara yang juga dihubungkan dengan bank utama di negara-negara serantau selain risikan Polis Diraja Malaysia untuk jenayah dagangan, dalam mengesan dana yang berkait dengan aktiviti keganasan.

“Kita ada unit khas untuk mengesan bukan sahaja manusia tetapi mana-mana organisasi yang salur dan biaya dana bagi tujuan keganasan. Jika kita ada maklumat mengenai mana-mana NPO yang salah guna penyaluran dana, kita akan masukkan dalam senarai suspek dan mana-mana individu yang salur dana, kita akan ambil tindakan,” katanya.

Menyentuh usaha memerangi aktiviti keganasan, timbalan perdana menteri berkata pihak berwajib dunia tidak semestinya fokus menggunakan pendekatan agresif sebaliknya perlu juga melihat kepada ‘pendekatan lembut’ dalam mengendalikan perbuatan keganasan.

Beliau menarik perhatian bahawa Malaysia sentiasa menekankan kepentingan ‘pendekatan lembut’ dalam memerangi pengganas dan aktiviti pembiayaan keganasan, dengan memberi fokus kepada aspek pencegahan dan pemulihan.

“Operasi ini dijalankan menerusi Modul Deradikalisasi Bersepadu Orang Tahanan yang dikendalikan oleh pelbagai agensi, termasuk polis dan Jabatan Penjara. Sejak modul itu diperkenalkan pada 2001, seramai 289 pengganas sudah menjalani program pemulihan tersebut sehingga 2012. – Bernama

The post Malaysia siap siaga ancaman aktiviti pembiayaan keganasan: TPM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 6301253095464738377

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item