Malaysia tidak patut tunduk kepada TPPA baharu

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 21 Safar 1439H, Jumaat – Kerajaan sekali lagi digesa untuk tidak menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), yang akan dimeterai beberapa hari lagi.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya kekal berpendirian bahawa Malaysia tidak perlu menyertai TPPA bersama 11 negara ahli yang lain.

Katanya, tiada manfaat sekiranya Malaysia menyertai lebih-lebih lagi setelah Amerika Syarikat menarik diri.

“Manfaat utama (iaitu akses kepada pasaran AS) tidak lagi diperolehi, manakala kos menyertainya akan menjadi lebih serius,” katanya.

11 negara TPPA yang masih kekal sedang bermesyuarat di Danang, Vietnam.

Mereka dilaporkan bertemu untuk bersetuju terhadap teks baharu TPPA, yang manaakan ditandatangani di Danang oleh pemimpin politik dalam beberapa hari lagi.

Mengulas perkara itu, CAP berkata, Malaysia sekurang-kurangnya, perlu membuat tuntutan dalam perbincangan berhubung beberapa bahagian draf TPPA yang sedia ada, terutama sekali yang memberi kesan buruk kepada Malaysia.

“Menurut laporan media, banyak negara daripada TPPA-11 kini mencadangkan untuk “menggantung” bab atau bahagian draf TPPA asal yang mereka dapati tidak munasabah, disebabkan ia ada dalam teks dengan desakan daripada Amerika Syarikat.

“Kini AS tidak lagi ahli TPPA, bahagian teks yang dicadangkan oleh AS dan mendesaknya sebagai pertukaran bagi akses ke pasaran AS perlu dikeluarkan daripada teks TPPA baharu,” katanya.

The post Malaysia tidak patut tunduk kepada TPPA baharu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian