Mangsa banjir di Kedah menurun

ALOR SETAR, 17 Safar 1439H, Isnin – Jumlah mangsa banjir di Kedah hingga 4 petang ini menurun kepada 2,616 orang berbanding 2,790 yang direkodkan tengah hari tadi.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri, Lt Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata, kesemua mangsa daripada 686 keluarga ditempatkan di 24 pusat pemindahan di Kuala Muda, Yan, Kulim, Baling dan Pendang.

Di Kuala Muda, 12 pusat pemindahan masih dibuka iaitu di Dewan Kampung Tengah Padang Temusu menempatkan 70 oranga, Dewan Kampung Bukit Belah Batu Dua (19), Dewan Kampung Lebai Ali (171), Dewan Taman Bedong Jaya (72), surau Taman Malinja (50) dan Dewan Kampung Segantang Garam (38).

Selain itu, surau Kampung Jawa (155), Dewan Kampung Bujang (86), Dewan Kampung Sungai Pial (174), surau Kampung Jilid 4/5 (70), Dewan Taman Setia Budi (61) dan surau Kampung Lebai Ali dengan 298 mangsa.

Di Kulim pula sembilan pusat pemindahan dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Selasih (46), Surau Al-Haq (30), SK Permatang Tok Dik (563), Surau Al-Ikhlas Karangan (231), SK Sungai Karangan (30), Masjid Selarong Panjang (28), surau Kampung Baru Jemerli (20), SK Merbau Pulas (88) dan SK Selama seramai 30 mangsa.

Sementara itu, sebuah pusat pemindahan dibuka masing-masing di Yan di surau Kampung Kepala Bukit yang menempatkan 75 mangsa, di Baling di Masjid Kuala Bakong (114) dan di Pendang di Dewan Seminar seramai 72 orang.

Dalam pada itu, 19 pusat pemindahan itu ditutup selepas mangsa banjir dibenarkan pulang berikutan air surut dan keadaan cuaca cerah.- Bernama

The post Mangsa banjir di Kedah menurun appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?