Mansuh tol Bukit Kayu Hitam tak beri manfaat kepada penduduk setempat

KUBANG PASU, 12 Safar 1439H, Rabu – Langkah kerajaan untuk memansuhkan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah tidak memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Yang DiPertua PAS Kawasan Kubang Pasu, Ustaz Zulhazmi Osman berkata, pemansuhan itu hanya menguntungkan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan berulang alik ke sempadan.

“Pengumuman itu lebih memberi manfaat dan kelebihan kepada mereka yang hendak ke Thailand, selain para peniaga sama ada dari Malaysia atau negara jiran itu.

“Kebanyakan orang ramai yang tidak mempunyai urusan ke sempadan, tidak menggunakan tol itu sebagai laluan rutin dan sememangnya ia jarang digunakan oleh masyarakat tempatan,” katanya mengulas Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, minggu lalu.

Mengulas lanjut, Ustaz Zulhazmi berkata, adalah lebih baik kerajaan memansuhkan Tol Jitra yang menjadi laluan utama masyarakat seandainya benar-benar ikhlas membantu meringankan bebanan rakyat.

“Tol Jitra merupakan laluan rutin kepada mereka yang berulang di Bukit Kayu Hitam, Changlun dan Jitra.

“Malah, ia juga menjadi pilihan kepada sebahagian penduduk Perlis menggunakan tol tersebut setiap hari menuju ke arah Selatan dan Alor Setar.

“Selain itu Tol Jitra juga menjadi laluan kepada kebanyakan mereka berulang alik ke tempat kerja. Jadi saya berharap, ikhlaslah kalau nak tolong rakyat dan buatlah sesuatu perlaksanaan yang menguntungkan rakyat bukan hanya gula-gula PRU,” katanya.

The post Mansuh tol Bukit Kayu Hitam tak beri manfaat kepada penduduk setempat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian